Thursday, January 19, 2012

19 Jan 2012 (special from him) (^_____^)

Ya Allah,
tika dan saat ta'aruf ku di bulan Mu,Rejab,

noktah pencarian si dia,mukhodimah nukilan kebahagia
dan ketenangan,

bekalan ku,ilmu Mu dan yakin pada Mu,agar sentiasa terhijab,

dari hasutan musuh yang tidak putus-putus membuat serangan.

Ya Allah,
di hari lahirnya ini,ku pohon padaMu,

tenangkan lh hati nya,damaikn lh jiwa nya,lanjutkn lh usia nya,

murahkan lah rezeki nya,tajam kn lh ingatan nya agar sentiasa dekat pada Mu,

semoga apa yang di cita,apa yang di impi kan,menjadi anak,isteri,dan ibu yang solehah dapat di kecapi nya.

Ya Allah,
tiada keraguaan lagi dalam keputusan ku,

yakin ku hadir dari Mu,

hanya ugama yang menjadi dasar utama ku,

dia yang Kau pilih untuk ku,alhamdulillah,gunungan syukur pada Mu.

Ya Allah,
Kau permudahkan lah aku menjadi pembimbing nya,

izin kan aku memberi kebahagiaan pada nya,

kudrat ku,kekuatan ku dari Mu jua semuanya,

insyaallah,janji ku,akan ku menjadi insan teristimewa untuk nya.

Ya Allah,
aku akui,diri yang lemah ini perlu di suluhi pelita hati dari Mu,meniti laluan ku,

juga bagi memahat tiang teratak mawaddah untuk dia menuju baitul muslim,

cinta kekasih Mu,rasulullah kepada siti khatijah yang akan menjadi paksi ku,

menuju impian yang satu,mencari keredhaan rabbal'alamin.

Ya Allah,
segala pujian bagi Mu,yang lebih mengetahui dari apa yg ku tahu,

mawaddah wa rahmah yang Kau hadir kan dalam hatiku ini akan aku semai menanti saat itu untik si dia,

peliharalah aku dengan si dia dari terjerat serkap buakan nafsu,

agar...kelak mahligai impian terbina dari rahmat Mu indah tersedia.

Ya Allah,
sokongan hati dan kudrat,akan ku pasak kan sekukuh gunung yang sukar di canang,

membantu si dia dalam perjalanan meniti titian di laman ilmu,

menyusuri cabaran dan dugaan Mu,dengan hati yang tenang,

kelak kemudian,yang di petik buahan kejayaan dan bungaan kesyukuran dari Mu.

Ya Allah,
permudahkan lah insan yang solehah ini menghadapi ujian di hari istimewa ini,

tajam kan lh pena fikiran nya menyelesaikan persoalan ujian,menjawab sebarang kemungkinan,membuat pertimbangan yang perlu di amati,

hasil kegigihan dituai untuk hari esok perlu di semai kini,

bertawakkal dan yakin pada Mu,yang mampu ku panjat kan,doa di tadahi.

Ya Allah,
tiada tempat yang berhak ku pinta melainkan pada Mu,

ampunilah dosa nya,lanjutkan lah usia nya,limpah kan lah rezeki nya,kurniakan lah ilmu manafaat pada nya,

ku pohon pada Mu,agar tahun ini,tahun yang terindah untuk nya,dalam mencari ketenangan Mu,

ku mohon kemaafan dari Mu,Ya Allah,hanya ungkapan ini yang mampu ku hadiah kan untuk nya di saat ini,biar ku simpan hadiah bila tiba saat nya.....
SELAMAT HARI LAHIR TUNANGKU...:-) @-}-- :-)

Monday, December 12, 2011

~Dengan nama ALLAH yg maha pengasih dan Penyayang~

alhamdulillah ... terhadp segala nikmat yg ALLAH kurniakan x terhingga bnyaknya.. Subhanaallah...enkau maha berkuasa atas setiap perkara yg berlaku..engkaulah yg memegang hati2 kami...engkaulah y layak meletakkan hati2 kami ditempat yg Kau kehendaki.. syukran Ya ALLAH... atas segala nikmat kepada diriku ini....

Day 2 of life in PSY posting...Alhamdulillah..perjalanan lancar...tiada jalan yg sesak.. (^^)

Pg neh tiba ja nak ckp sal... "DIA yg ku inginkan"
mmmmm... Siapakah yea...

bila berbicara tentang pilihan pasangan hidup...ramai y akan tanya...nak y cm mana...ce listkan...:-) tefikir...if,kita listkan 10 criteria tuk apa y kita request...kita akan dapakah sesempurna itu... :-)

berbalik kepada diri ku.."Dia yg Ku inginkan"

entah...dulu time di suruh isi borng,..aku pun x pasti..aku mahu insan cam na.. n x thu insan yg cam na dapat hidup bersamaku..
aku letak jer lah "flexible"

napa "flexible" ..apa y aku maksudkan "flexible tue"...mmmm

cam Red blood cell.... biconcave shape...lalu kat tempat yg sempit RBC bleh ubah bentuk sesuai dengan keadaan..tp, matlamatnya tinggi..nak supply oxygen kat seluruh badan kita...and angkut CO2 utk keluarkan dari badan kita...RBC kena flexible...Kerna dengan itu..RBC leh buat kerja nya..leh berjasa kepada badan...

mmmmmm..cam tue kah aku nak eik?? hehhee,,merepek ke RBC lak..(^^)

~senang ckp..sesuai dengan keadaan.. serba boleh...tp yg penting AGAMANYA...ku perlukan Kamu yg benar2 punya AGAMA..yg lain insyaallah..diri ini x kisah .... sesuai dengn keadaan..andai suatu masa nanti dia diperlukan sebagai ustaz,,dia bersedia,,dia diperlukan sebgai imam solat berjemaah di masjid ...dia mampu..dia diperlukan sbg seorng doktor...dia berusaha "doktor kerohanian"..

dalam merepek ada benarnya....kerna y bakal mengawal perjalanan rumah tanggaku terletak di bahu suami yg utama..andai AGAMA menjadi asas dalam kehidupan kami..insyaallah...jalan y dilalui mudah...

ya ALLAH..jangn kau uji daku dengn perkara yg aku tak mampu utk hadapi nya...

buat "dia y ku impikan" tiada checklist utk kamu... kamulah yg kena check diri sendiri... :-)

sambung nanti...nak g belajaq..
wsalm..

Saturday, November 26, 2011

warkah buat bakal Suamiku

Warkah Buat Bakal Suamiku


Warkah untuk dirimu yang jauh...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Keberadaan warkah ini di tanganmu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH swt kerana menemukan kita di dalam lembaran ini.

Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada pada tahap yang diingini dan semoga barakah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkah kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan...

Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis...sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini....

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)"
(HR Hakim)

Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama-samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami...

Ingatkah dirimu akan ayat ini....

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al Furqan:74)

Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku... Kadangkala terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu belum pernah kutemui. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, dalam setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku...dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah...tetapi ternyata perjalanan urusan ini semakin dimudahkan ALLAH. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan ALLAH di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan. Insya Allah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkah laku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku...

Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ’alaika tawakkaltu, wa ilaika anbtu, wa bika khoosamtu, wa ilaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu, antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.

Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu ALLAH.

Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNYA makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....

Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti. Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal kepada ALLAH swt. Semoga terus berada di dalam redhaNYA...

Bakal zaujahmu...(^_^)

Tuesday, November 15, 2011

Pg~lg masa....prof muhaya..

Sesiapa yang tak pandai guna masa bererti tak tahu apa yang penting dan apa yang tidak. hari ini cuba amati setiap aktiviti dan masa yang digunakan kearah syurga atau neraka. kualiti dunia kita kejalan Allah menetukan kualiti akhirat dan alam barzah dan sakratul maut kita, setiap kali nak buat jahat ingat mati. lihat apa kita taip. jangan fokus padaperkara ranting tetapi perkara pokok.



MAsa ialah aset kita yang tidak akan dapat diganti. Fokus pada kerja penting dan ignore semua wasteful buzyness. lack of time is actually lack of priority. ACtion is key

~prof Muhaya~

nak g Ward dah neh! moga dapat belajar banyak rini!!

jom solat dhuha dulu~~

Sunday, November 13, 2011

MAHU CEMBURU DENGAN MASA...




citer di sebalik masa memang banyak..baru ja rasa tahun 1..tup2 dah 5tahun kat kelantan..tup2 dah nak sampai membina keluarga dah..

hmmmm...muda lgkah aku neh yea?? wawawa..masa oooo masa...hari terasa nak cemburu dengan masa..asal jumpa sahabt td...asyik ckp perkataan hikmat neh "ida ceMBURU NGN MASA"

yup...will fight for it..dalam usrah kami pernah berbincang tetang masa...yg membezakan kami sekarng adalah masa... who are u..u are at the moment...

kata hassan al-bana: masa itu ibarat mata pedang...kalau kita xmenjaga,,mudah akan dipotong kita....

mmmm..ISLAM: MASA.... diplomat ISLAM...diplomat muslimat islam yg bergerak haru jaga MASA...

dulu..time sekolah men aku masuk kadet apa tah...x ingt... time tue ada lah datg lewat kot... kenalah denda... 5 minit berdiri sebelah kaki..hohohohooh...terkesan ayat diorng..'ko nak tahu 5 minit tue lama ka tak? ce ko berdiri 5 minit cam tu... Allahhuakbar...5 minit,..menggeletar kaki2 n seluruh tubuhku..

benarlah..hidup ini perlu berlajar dari pengalaman... eh cik ida,,bngunlah...5 minit tue lama k...buleh siapkan dadih lg...

skrng dah x lama x keluarkan kata2 terkesan kat diri...

hmmmm ..ayuh mulakan semula diriku.. CEMBURULAH DENGAN MASA...
demi masa~lagu raihan..time menaip neh..tibe jer lagu neh bermain kat laptop usang kesayanganku...

tahu x cam na nak masukkan lagu dalam blog??
mmmmm...

who u want to be ida???

cute baby... :-)













...hehehe...smart..






mmmm..nak jadi diriku sendiri lah.... jaga masa..raikan setiap bahagia yg ada pada masa...... insyaallah..( lg maher zain time neh) heeehhe.. insyaallah.....seluruh masaku adalah milikku..segalanya terpulang pada diri ini cam na nak handle..

jom lah..jadi orng yg pandai urus masa...bermula berpagi-pagian... besar rahmat nya..rezeki di murahkan lg..

wsalam~
mode:kemas meja yg bersepah,,siapkan baju tuk esok! jom2x...bismillah..

Kehidupan~

‎"Apabila kita sedar dan yakin akan kehidupan lain selain kehidupan di dunia ini,maka kita akan memahami apa erti sebenar kehidupan di dunia ini.Apatah lagi,segala kehidupan itu saling berkait antara satu sama lain.Kehidupan adalah ladang untuk menyiapkan bekal,kehidupan alam barzakh adalah titik awal menentukan untung nasib,kehidupan Padang Mahsyar adalah detik perhitungan dan kehidupan akhirat adalah saat pembalasan "
-Tuan Ibrahim Tuan Man-

Mutabaah Amal .... diri ini dan dia...





bismillah..Dengan Nama MU Ya ALLAH

alhamdulillah...masih diberi nikmat utk bernafas...alhamdulillah..semudah2 lafaz utk menghargai nikmatnya,,menunjukkan rasa bersyukur kepadanya..insan yg imannya mantap..pasti bergetar pabila lafaz Alhamdulillah di lontarkan...ALLAH,,izinkan jua perasaan itu hadir dalam diri ini... ameen...

alhamdulillah...bila bngun td...minda berlegar2 ,,nak buat apa neh...nak cipta impian apa rini utk masa depan yg solehah??

syukur...buku mutabaah amal diambil utk rujukkan..thanks sahabt2 usrah..kalian adalah yg terbaik dalam hidupku..

di editkan menjadi power point..utk kongsi bersama dia..kerna..diri ini x mau sorng2 ja jadi baik...nak jadi baik kena ajak yg lain jadi baik jugak..

tak perlu menunggu insan lain berbicara..gunakan kemampuan diri yg ada utk manfaat bersama dunia dan akhirat...

masa 30 minit diambil;;;;
alhamdulillah..siap sudah....mulai rini....kita akan menyemak amalan masing2..jujur dengn diri sendiri..

niat:bukan utk berlumba siapa hebat..tetapi utk melatih diri akan sekecil2 amalan yg berterusan..setiap perkara perlukan latihan..even nak menangis time solat taubat pun kadang2 kena berlatih dulu...didik jiwa menjadi lembut....mmmm..mencabar neh...

ok lah..dah byak merepek...

buat anak2 ku (wawawa;;sekali lg berangan2) ameen2xx: kot2 terlupa nak pesan nanti...slide neh leh ingtkan...
~~~~~permulaan hidup ini bukanlah terus menjadi..sebaliknya perlukan latihan yg berterusan....

berusahalah...n hargailah hidayah ALLAH...pintalah padanya agar hati tidak mudah dibolak balikkan....

wsaalam..
















take care of ALLAH...