Saturday, November 26, 2011

warkah buat bakal Suamiku

Warkah Buat Bakal Suamiku


Warkah untuk dirimu yang jauh...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Keberadaan warkah ini di tanganmu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH swt kerana menemukan kita di dalam lembaran ini.

Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada pada tahap yang diingini dan semoga barakah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkah kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan...

Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis...sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini....

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)"
(HR Hakim)

Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama-samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami...

Ingatkah dirimu akan ayat ini....

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al Furqan:74)

Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku... Kadangkala terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu belum pernah kutemui. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, dalam setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku...dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah...tetapi ternyata perjalanan urusan ini semakin dimudahkan ALLAH. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan ALLAH di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan. Insya Allah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkah laku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku...

Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ’alaika tawakkaltu, wa ilaika anbtu, wa bika khoosamtu, wa ilaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu, antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.

Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu ALLAH.

Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNYA makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....

Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti. Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal kepada ALLAH swt. Semoga terus berada di dalam redhaNYA...

Bakal zaujahmu...(^_^)

Tuesday, November 15, 2011

Pg~lg masa....prof muhaya..

Sesiapa yang tak pandai guna masa bererti tak tahu apa yang penting dan apa yang tidak. hari ini cuba amati setiap aktiviti dan masa yang digunakan kearah syurga atau neraka. kualiti dunia kita kejalan Allah menetukan kualiti akhirat dan alam barzah dan sakratul maut kita, setiap kali nak buat jahat ingat mati. lihat apa kita taip. jangan fokus padaperkara ranting tetapi perkara pokok.



MAsa ialah aset kita yang tidak akan dapat diganti. Fokus pada kerja penting dan ignore semua wasteful buzyness. lack of time is actually lack of priority. ACtion is key

~prof Muhaya~

nak g Ward dah neh! moga dapat belajar banyak rini!!

jom solat dhuha dulu~~

Sunday, November 13, 2011

MAHU CEMBURU DENGAN MASA...




citer di sebalik masa memang banyak..baru ja rasa tahun 1..tup2 dah 5tahun kat kelantan..tup2 dah nak sampai membina keluarga dah..

hmmmm...muda lgkah aku neh yea?? wawawa..masa oooo masa...hari terasa nak cemburu dengan masa..asal jumpa sahabt td...asyik ckp perkataan hikmat neh "ida ceMBURU NGN MASA"

yup...will fight for it..dalam usrah kami pernah berbincang tetang masa...yg membezakan kami sekarng adalah masa... who are u..u are at the moment...

kata hassan al-bana: masa itu ibarat mata pedang...kalau kita xmenjaga,,mudah akan dipotong kita....

mmmm..ISLAM: MASA.... diplomat ISLAM...diplomat muslimat islam yg bergerak haru jaga MASA...

dulu..time sekolah men aku masuk kadet apa tah...x ingt... time tue ada lah datg lewat kot... kenalah denda... 5 minit berdiri sebelah kaki..hohohohooh...terkesan ayat diorng..'ko nak tahu 5 minit tue lama ka tak? ce ko berdiri 5 minit cam tu... Allahhuakbar...5 minit,..menggeletar kaki2 n seluruh tubuhku..

benarlah..hidup ini perlu berlajar dari pengalaman... eh cik ida,,bngunlah...5 minit tue lama k...buleh siapkan dadih lg...

skrng dah x lama x keluarkan kata2 terkesan kat diri...

hmmmm ..ayuh mulakan semula diriku.. CEMBURULAH DENGAN MASA...
demi masa~lagu raihan..time menaip neh..tibe jer lagu neh bermain kat laptop usang kesayanganku...

tahu x cam na nak masukkan lagu dalam blog??
mmmmm...

who u want to be ida???

cute baby... :-)













...hehehe...smart..






mmmm..nak jadi diriku sendiri lah.... jaga masa..raikan setiap bahagia yg ada pada masa...... insyaallah..( lg maher zain time neh) heeehhe.. insyaallah.....seluruh masaku adalah milikku..segalanya terpulang pada diri ini cam na nak handle..

jom lah..jadi orng yg pandai urus masa...bermula berpagi-pagian... besar rahmat nya..rezeki di murahkan lg..

wsalam~
mode:kemas meja yg bersepah,,siapkan baju tuk esok! jom2x...bismillah..

Kehidupan~

‎"Apabila kita sedar dan yakin akan kehidupan lain selain kehidupan di dunia ini,maka kita akan memahami apa erti sebenar kehidupan di dunia ini.Apatah lagi,segala kehidupan itu saling berkait antara satu sama lain.Kehidupan adalah ladang untuk menyiapkan bekal,kehidupan alam barzakh adalah titik awal menentukan untung nasib,kehidupan Padang Mahsyar adalah detik perhitungan dan kehidupan akhirat adalah saat pembalasan "
-Tuan Ibrahim Tuan Man-

Mutabaah Amal .... diri ini dan dia...





bismillah..Dengan Nama MU Ya ALLAH

alhamdulillah...masih diberi nikmat utk bernafas...alhamdulillah..semudah2 lafaz utk menghargai nikmatnya,,menunjukkan rasa bersyukur kepadanya..insan yg imannya mantap..pasti bergetar pabila lafaz Alhamdulillah di lontarkan...ALLAH,,izinkan jua perasaan itu hadir dalam diri ini... ameen...

alhamdulillah...bila bngun td...minda berlegar2 ,,nak buat apa neh...nak cipta impian apa rini utk masa depan yg solehah??

syukur...buku mutabaah amal diambil utk rujukkan..thanks sahabt2 usrah..kalian adalah yg terbaik dalam hidupku..

di editkan menjadi power point..utk kongsi bersama dia..kerna..diri ini x mau sorng2 ja jadi baik...nak jadi baik kena ajak yg lain jadi baik jugak..

tak perlu menunggu insan lain berbicara..gunakan kemampuan diri yg ada utk manfaat bersama dunia dan akhirat...

masa 30 minit diambil;;;;
alhamdulillah..siap sudah....mulai rini....kita akan menyemak amalan masing2..jujur dengn diri sendiri..

niat:bukan utk berlumba siapa hebat..tetapi utk melatih diri akan sekecil2 amalan yg berterusan..setiap perkara perlukan latihan..even nak menangis time solat taubat pun kadang2 kena berlatih dulu...didik jiwa menjadi lembut....mmmm..mencabar neh...

ok lah..dah byak merepek...

buat anak2 ku (wawawa;;sekali lg berangan2) ameen2xx: kot2 terlupa nak pesan nanti...slide neh leh ingtkan...
~~~~~permulaan hidup ini bukanlah terus menjadi..sebaliknya perlukan latihan yg berterusan....

berusahalah...n hargailah hidayah ALLAH...pintalah padanya agar hati tidak mudah dibolak balikkan....

wsaalam..
















take care of ALLAH...



BERSIAP UTK SEGALA KEMUNGKINANA.... ESOk hari yg penuh dengan segala cabaran... amalkan kerja sekarng...usah bertangguh,,,..

insyaallah..dengan izinNYA..Lulus Medical posting... ameeen..

:-)

tiber jer rasa best lak menulis blog neh..insyaallah..akan diteruskan..agar bila dah tua nanti....punya rujukkan,,bilaman nikmat ingtan dikembalikan kepadaNYA...bilamana,, anak2 kecil mengikat dewasa...memberi ruang kepada mereka menjelajahi sebuah cerita...

insyaallah....matlamatku diri ini adalah contoh,,
contoh utk anak2 ku yg soleh n solehah..contoh utk bakal2 menantuku (wahhhh..jauhnya berangan)... contoh utk cucu2 ku...n insyaallah..utk seluruh masyarakatku..

ya ALLAH..kadangkan impianku cam x tercapai dek akan....ku mohon kepadaMU tunjukkanlah kepadaku Jalan yg mudah...

~hidup ini inginkan keberkatan dariMU~berkatilah..

~mode: semangt & mengantuk..
cardiac arrythmia not finished yet..huhuhuh

Bilamana~

Ya Allah....
Bilamana kami tidak mampu menjadi soleh/solehah, jauhkan kami dr menjadi jahiliah..

Bilamana kami tidak mampu untuk bersyukur, jauhkan kami dr menjadi kufur..

Bilamana kami tidak mampu menyempurnakan amanahMU, jauhkan kami dr mengkhianatinya..

Bilamana kami tidak mampu mengajak kepada kebaikan, jauhkan kami dr menjadi punca kejahatan/kemaksiatan..

Bilamana kami tidak mampu menegakkan agamaMU, jauhkah kamu dr menjadi fitnah kepadanya..

;)

~Buat Dia~

Assalammualaikum..

bismillah...dengan nama ALLAH yg Maha pemurah dan penyayang...

Insyaallah....ini utk dia..


Kehendak hati mahukan segalanya sempurna dimata manusia,,
namun hati ini lebih memilihkan pandangan pencipta..

Kehendak hati...mahukan segalanya indah,,
namun hati harus bersabar hingga adanya ikatan yg sah..

kehendak hati inginkan segalanya sentiasa bersama..
namun hati ini bukan seperti yg lain,,hati ini ingin jadi insan yg menjaga... bersama dia bila benar2 hati ini dimilikinya..

buat dia...

teruskanlah bersabar...teruskan lah istiqamah..teruskanlah mempersiapkan diri menjadi Khalifah terbaik yg dapat memetik cinta yg terAGUNG..

buat dia..
yakinilah ... jalan yg dipilih ini adalah yg terbaik...terbaik utk subuah keindahan..yakinilah bahawa segalanya adalah hanya ingin mendapat CINTANYA..
teruskanlah berusaha...berusaha menjaga hati dan jiwa....berusaha terus yakin denganNYA..berusaha menjadi insan yg sempurna di Pandangan Pencipta...

buat dia..

diri ini tidak akan berharapkan apa2....cukuplah...nakhoda kapalku adalah insan yg cintanya kepada PENCIPTA adalah yg pertama...benar2 merasai manisnya hidup bertuhan...

buat dia...


maafkan diri ini...
diri ini x sempurna di mata manusia,,,dan xkan mengharpakan kesempurnaan di pandangan manusia...diri ini ingin menjadi terbaik di hadapanNYA...

buat dia...

sama2lah mempersiapkan diri ke arah kebersamaan...kerna hidup ini x seindah yg dibayangkan... mengharunginya perluakn persiapn ,,perlukan kefahaman..perlukan ketabahan,,dan perlukan keyakinan padaNYA..

diri ini...n buat dia...

sekian;

*maaf if ada yg tak kena..idea tibe2.. :-)

Thursday, November 10, 2011

jalan 2011

BIAMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

alhamdulillah...masih lagi diberi nikmat hidup yg tak terhingga oleh nya..alhamdulillah...
terasa lama aku x menjenguk kan muka ke blog neh..rupanya ada jugak si pembaca yea...thanks kat pembaca itu kerna mengingatkan sya berkenaan ngn blog ini.. alhamdulillah..bila baca semula apa yg ditulis...terasa malu,nak gelak..pun ada..sangt tidk matang penulisanku ini...cita2 menajadi penulis tue ada la sikit..

mmmm...citer terbaru...2011...apa yg terjadi?macm2 gak terjadi ..ujian demi ujian...ALLAH itu maha adil..

dulu aku pernah ckp yg aku mungkin x kuat if aku di uji dengan kegagalan... nak tahu kuat ker tak..hnya ALLAH yg tahu..tahun ini...hidupku terasa penuh..penuh dengan pergantungan hanya kepada ALLAH..syukur alhamdulillah..DIA menjadikan aku insan yg tabah...

yup...aku gagal tahun 4..tp sekrng aku dah x kisah sal kegagalan..nak dpt syurga tue bukan senang...kan?? insyaallah..percaturan ALLAH yg terbaik..aku harus redha dengan ketentuannya.. moga diri ini teru tabah... skrng aku masih lg di tahun 4..hikmahnya besar... bersama adik2 yg ku syng dalam satu kumpulan..cukup besar hikmahnya..aku lebih byak faham dari belajar kerna exam..

my aim: aku nak usaha terbaik lulus semua posting..insyaallah..moga skrip kehidupan ku menjadi..ameen..

tahun ini jugak...aku faham erti istikharah..alhamdulillah..
ALLAH itu Maha berkuasa..

nak ceritanye...baru2 neh..11 zulhijjah aku dah jadi tunang orng..x da hebahan di fb mahupun email..maaf yea..hopefully hanya awk soarng jer yg menjadi pembaca blog ini..

alhamdulillah...syukur..segalanya dipermudahkan...jodoh itu rahsia ALLAH...allah mudahkan segalanya pada hari itu..




alhamdulillah..moga dia tetap utk ku selamnya dunia dan akhrat..ameen....

perasaan?mmmm xtau nak citer..nantilah citer kat dia sorng jer pas akad nanti..:-)

skrng..dah balik usm..pening durian,,sakit tekak...
perancangan harus teliti ..lg 4 minggu nak exam medical posting..

n lg x sampai 9 bulan dan nk jadi isteri orng..insyaallah..moga segalanya dipermudahkan..

persiapkan diri menjadi yg lebih baik..menerima segala kekurangan ...redha dengn ketentuan...fokus kepada solusi..bukan masalah...

nak tambah sikit...
thanks abah..sebb izinkan aku berkahwin,,sebb yakin dengan kami..thanks kak na atas usaha gigih melancarkan perjalanan majis...diri ini faham perasaanmu dan diri ini sngt2 syangkan kamu duhai kakak..moga kak punya rasa utk berubah...setiap orng mesti ada rasa utk jd terbaik kan..thanks kak..kamu dah berusaha yg terbaik menjadi seperti mak..alhamdulillah..thanks kepada semua famly sya yg disyangi....

ALLAH...lembutkanlah hati2 mereka agar tertarik dengan cara hidup islam..allah tunjjukkanlah kami jalan kebenaran,..

ameen..