Friday, April 16, 2010

MENJELAJAH KEHIDUPAN ORANG ASLI DI POS BALAR ,GUA MUSANG.

MASA BERLALU BEGITU PANTAS,,HARI INI 16 APRIL 2010 ,,DIRI INI MASIH DI USM.
BARU SEMALAM KUMPULAN ELEKTIF KU SELAMAT SAMPAI DI USM JAM 930PM..
PENGALAMAN YG BEGITU INDAH..YG MUNGKIN AKAN KU JADIKAN sebagai kekuatan untuk teruskan kehidupan demi sebuah kejayaan..insyaALLAH..
ku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kepada Ilahi yg mengurniakan kami semua kesihatan dan keselamatan di sepanjang 5 hari kami berelktif.

mungkin kali ini..sekadar overview apa yg berlaku..seandainya ada kelapangan..akan ku coretkan buat renungan bersama.

perjalanan yg mengamil masa selama 3 jam dari Gua Musang,,membuatkan diriku begitu tertekan..dengan keadaan jalan yg berbatu2..berbukit,,dan pelbagai lagi..kami terpaksa menyeberangi 3 batang sungai,.yg ku anggAP sememangnya sukar..namun..keindahan ciptaan ILAHI itu membuatkan ku enang dan berfikir sejenak..

sebanyak 7 buah kenderaan tahan lasak menyertai perjalanan ini..mereka semua merupakan staff dari Hospital Gua Musang..mula2..rasa segan kerna x mengenali staff semua..kami hanya sempat berkenalan dengan EN RAHMAN dan EN HANIP pada ketika itu..

kembali berkenaan perjalanan yg begitu menyukarkan..diri ini berfikir..pelbagai persoalan timbul di minda.."kenapa orng asli boleh tinggal kat kawasan yg sangt2 pedalaman sebegini"..."ya ALLAH..kuat nya hati2 staff kesihatan ini..""..susahnya nak sampai kat Pos Balar" .."apa la yg ada kat sana"..."ya ALLAH..HP xdak line pulak tue..cam mana orng asli dan medical staff berhubung ngan orng luar??""..dan macam2 lagi..
diri ini berzikir...agar hati ini tenang..walau menghadapi kesukaran..acap kali bibirku berdoa..mudahan perjalanan kami selamat..

setibanya di sana..aku begitu kagum ngan suasana kg di situ..ada sebuah sekolah..ramai sangat kanak2 yg sebaya..ini menimbulkan satu lagi persoalan di mindaku..kebersihan diri kanak2 yg kerang terurus..dan pelbagai lagi..

sekadar itu..diri ini keletihan..mungkin disebbkan perubahan cuaca..doakan diri ini sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..insyaALLAH..diri ini akan cuba mencari masa untuk berkongsi pengalaman seadanya..

No comments:

Post a Comment