Thursday, June 24, 2010

JOM>>>

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha mengasihani..

Sampaikanlah walau pun satu ayat..

Suka untuk ana kongsi sedikit ilmu yg ana rasa semau kiter perlu manfaatkan.ALHAMDULILLAH,ana diberi kesempatan masa dan nikmat kesihatan untuk mengisi masa terluang ana dengan menghadiri pengajian agama di sebuah pondok d malaysia.
Ana sangt2 bersyukur,,kerna diri ini sangt2 lah kerdil dan hina di sisi ALLAH,kerna ana x banyak ilmu,jadi ana fikir untuk buatkan ilmu ini terus terikat didalam minda ana, ana harus sampaikan,.sudilah sekiranya sahabt mengambilnya sebagai refresh buat diri kalian..n jom kiter cuba amalkan,

Tajuk : Adab2 di antara terbit matahari hingga sebelum terbenam matahari.

Ana nak mulakan disini dengan mengimbas kembali,,APA YG SELALU ANA BUAT TIKA ANA BERADA DALAM CUTI YG PANJANG..di antara waktu terbit matahari hingga sebelum tergelincir matahari..
Ana sangat2 sedikit ilmu dalam diri,,n iman mestila selalunya turun naik tika di kg,,kerna apa?? Tiada dorongan,or tiada rasa nak berlumba2 melakukan ibadat..kerna,,sahabt ana semuanya bercuti..ASTAGFIRULLAHHALAZIM..lemahnya ana,..harap kalian bukan seperti ana. Ana,lepas subuh,,ana dah comfirm akan tidur semula..kerna pe??cuti la,,xda pe nak buat,.lebih baik tidur,.lepas tidur,ana bangun,siapkan diri..makan,basuh baju,tengok TV,.berfacebook.bukak email,g jalan2 rumah member.sembang2, then bila dah tengah hari. Lunch..bila perut dah kenyang,mengantuk pun datg.ana tidur b4 zohor..tp bukan bangun sebelum zohor pun..zohor ana biasanya pukul 2ptg.. KALIAN MACAM MANA???

Bila ana lihat,,sebenarnya,apa yg ana buat tidak berupa ibadah pun kepada ALLAH s.w.t. sepatutnya di kelapangan masa yg ada ini lah ana perlu tingkatkan Amalan..ruginya masa ana yg terlepas..ana x boleh nak patah balik,..cuti ana hanya berbaki lagi 3 minggu. Apa ana nak buat ??? apa kalian akan buat kalau kalian seperti ana??

JOM..ana nak ajak kalian sama2 kejarkan akhirat..jom tingkatkan amalan kiter tika cuti ini!!!!

Kitab yg di bincangkan oleh ustaz ialah kitab :BIDAYATUL HIDAYAH (permulaan jalan hidayah)- hasil dari AL IMAM HUJJATUL ISLAM AL GHAZALI r.a.

Sedikit ilmu yg ana boleh kongsikan..insyaALLAH.

Selepas terbit matahari sekadar satu galah : maksudnya selepas waktu syuruk,(waktu diantara selepas solat subuh,sampai naik matahari sekadar satu galah)
- masa ini boleh dilakukan solat dua rakaat. (solat sunt isyrak)

Apabila matahari telah sampai ke waktu dhuha: iaitu telah berlalu satu per empat siang, maka tunaikan lah solat sunat dhuha .( boleh dilakukan 2 ,4,6,atau 8 rakaat)

Tidak ada antara waktu terbit matahar samapi masa tergelicir matahari,kecuali sembahyang diatas,maka isilah waktu kalian dengan salah satu diantara 4 perkara di bawah:

Pertama: yang terlebih afdal,habiskan waktumu dengan mencari ilmu yg bermanfaat, bukan ilmu yg sia2 yg sangt diminati orng sekarng,.
Maksud ilmu manfaat ialah: ilmu yg menambah rasa takut kpd ALLAH dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat kpd ALLAH,dan menyedikitkan kegemaranmuterhadap negeri dunia dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat dan membuka pintu hatimu untuk mengenali bermacam2 penyakit amalanmu (takbur,ego,sombong,,)sehingga engkau dapt menjauhinya.

Apabila telah selesai mencari ilmu bermanfaat dan masih ada waktu berbaki..maka wirid dan berzikirlah memuji tuhan mu.
Dalam kitab ini menyatakan,bila kiter mengamalkan wirid2 dan ibadat,maka kamu akan dapati dirimu tidak akan merasa berat dan tidak merasa malas melaksanakan nya,bahkan nampak dirimu minat yg sangt mendorong kamu untk pergi mencari ilmu lagi yg bermanfaat. Dan kamu tidak akan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan ALLAH dan negeri akhirat.

Apa pun,,yang paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu. Dan apabila niatmu tidk ikhlas maka disinilah tempat terpedaya nya orng2 yg jahil dan disinilah pula tempat tergelincirnya kaki orng2 yg cerdik pandai.

Kedua : kalau x mampu mencari ilmu..maka beribadat lah seperti berzikir,membaca AL-quran,bertasbih dan sembahyang. Dengan cara ini engkau tergolong dalam golongan orng yg beruntung..

Ketiga : membuat sebarang pekerjaan yg dapt memberi kebaikan kepada orng islam dan dapt mengembirakan hati2 orng yg beriman,atau menolong orng yg soleh dalam pekerjaan mereka.

Keempat: kalau x mampu buat ke3 tiga diatas.maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu dan mencari nafkah bg dirimu dan keluargamu sedangkan orng ramai selamat drpada sebrang gangguanmu dan mereka juga selamt drpd bahaya lidah dan tanganmu,dan agamamu pun selamt,,iaitu engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan.

Maka, empat perkara inilah segala darjat didalam agamamu.selain daripda empat darjat ini hanyalah tempat permainan syaitan iaitu engkau mengerjakan sesuatu yang dapt meruntuhkan agamamu...

Ketahuilah bahawasanya seorng hamba itu dpandang dari sudut agama terbahagi kepada 3 darjat:

Pertama: “salim” :orng yg selamat iaitu orng yg hanya menunaikan yg fardhu dan meninggalkan maksiat.

Kedua : “rabih” orng yg beruntung,iaitu orng yg menunaikan yg fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dengan membuat bermacam2 ketaatan yg sunat.

Ketiga : “ khasir” orng yg rugi iaitu orng yg cuai daripada membuat sesuatu yg fardhu.

Maka jikalau engkau tdak dapt menjadi orng yg “rabih” maka berusahalah supaya menjadi orng “salim” dan janganlah sekali2 menjadi orng yg “khasir”.


Sekadar ini yg mampu ana kongsi..harap dapt memberi manfaat kepada membaca..jom kiter kutip tiket ke syurga,..tanpa bayaran..insyaALLAH..moga ALLAH sentiasa tetapkan hati kiter setelah diberi hidayah..

p/s: bahasa lama digunakan dalam kitab ini..kalau x paham boleh bertanya.

Ruslida saad.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment